Apakah itu CCRIS & CTOS?

Perbincangan kita kali ini adalah berkisar mengenai blacklist, CTOS dan CCRIS. Seringkali, ramai yang terkeliru di antara ketiga-tiganya. Satu yang pasti, sekiranya rekod anda di dalam mana-mana satu daripadanya adalah kurang memuaskan, kesukaran akan dialami apabila perlu berurusan dengan pihak bank pada lain masa Kita kenali dahulu apa itu Blacklist atau senaraihitam? Ia adalah akibat kegagalan diri sendiri atau orang yang anda jamin untuk membayar balik pinjaman bank atau pinjaman Kerajaan seperti PTPTN atau pinjaman MARA. Bahkan, ia tidak terbatas setakat di sana sahaja. Anda juga boleh disenaraihitamkan sekiranya gagal menjelaskan hutang kepada Institusi Perniagaan yang menawarkan skim sewabeli. Misalnya pembelian perabot, mesin basuh dan seumpamanya. Dengan syarat, kes ini telah dibawa ke mahkamah oleh institusi perniagaan terlibat. Jadi berhati-hati dalam pembelian anda.

Anda boleh menyemak sama ada bebas daripada blacklist atau tidak dengan membuat penyemakan sendiri di bank, badan kerajaan atau syarikat terbabit (yang anda ada hutang dengannya).

CTOS (Credit Tip Off Services) secara mudahnya adalah sebuah badan atau mungkin paling tepat merupakan pengkalan maklumat yang mengumpul data-data saman atau perintah muflis yang dikeluarkan terhadap individu atau syarikat. Pada bila-bila sekiranya terdapat kes-kes saman atau muflis, mereka merupakan antara pihak yang akan dimaklumkan terlebih dahulu.

Bagaimana untuk membuat semakan sama ada tersenarai dalam CTOS atau pun tidak? Anda boleh datang sendiri ke pejabat CTOS atau menggunakan mana-mana gerbang berikut: http://www.myeg.com.my, http://www.e-services.com.my atau http://www.rilek.com.my.

Tahukah anda bahawa setiap rekod bayaran terhadap pinjaman, gadaijanji, kad kredit, overdaft atau lain-lain yang anda lakukan setiap bulan kepada mana-mana bank akan mereka hantar ke Bank Negara Malaysia dalam format laporan bulanan?

Laporan-laporan bulanan ini akan di uruskan oleh Jabatan Kredit (Credit Bureau) dan akan dimasukkan ke dalam sebuah sistem pengumpulan maklumat yang dipanggilCCRIS (Central Credit Reference Information Systems). Sistem CCRIS inilah yang dipanggil pengkalan data bersama itu. Mana-mana bank yang berdaftar boleh mencapai maklumat kredit seseorang atau sesebuah syarikat pada bila-bila masa apabila diperlukan.

Maksudnya, tidak kira anda peminjam bermasalah atau tidak, maklumat anda memang sudah sedia ada di dalam sistem CCRIS. Untuk mendapatkan laporan terkini CCRIS anda, kunjungilah BNMLINK di alamat seperti di bawah:

Ground Floor, D Block, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) (Overseas: 603-2174-1717)
Fax: 603-2174-1515 E-mail: bnmtelelink@ bnm.gov.my

Tersenarai di Blacklist atau CTOS akan menjejaskan peluang anda untuk membuat pinjaman untuk apa jua tujuan pada masa-masa akan datang. Jadi sentiasa semak dari masa ke masa dan pastikan nama anda bersih.

Lebih daripada itu, sentiasa awasi pengurusan kewangan peribadi anda. Inilah yang terbaik dalam menjamin nama anda tidak disenaraihitamkan. Bahkan menjadi pelanggan kebangaan bank. Hehee..

Apakah syarat kelayakan memohon?

  • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada tempoh akhir pembayaran
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai pendapatan tetap minimum RM2,000 sebulan
  • Pemohon hendaklah terus menjadi pekerja dalam sektor-sektor yang berikut:

Sektor Kerajaan

Syarikat Senarai Awam Terpilih

Anak-anak Syarikat Kerajaan atau Syarikat Senarai Awam Terpilih

Syarikat Sendirian Berhad Terpilih yang lain yang dikategorikan di bawah pakej syarikat yang disenaraikan oleh Bank Islam

Objektif

Web ini didedikasikan untuk membantu orang ramai sekiramya berhasrat untuk memohon pinjaman/pembiayaan di Bank Islam. Selepas mengambil kira kemajuan teknologi saya merasakan permohonan adalah wajar dilakukan secara online.

Tidak seperti sebelum ini, anda perlu mengikut waktu operasi bank iaitu 9:30 am – 4:30 pm dari isnin – jumaat bagi membuat survey atau memohon pinjaman/pembiayaan. Mengikut pengalaman saya setiap satu pelangan akan sekurang-kurangnya datang ke cawangan 2 kali bagi setiap permohonan, ini merangkumi survey & dapatkan borang permohonan dan seterusnya bagi menghantar dokumen dan borang berkenaan.

Pasti dengan wujudnya perkhidmatan permohonan online ini dapat menjimatkan masa anda daripada  berulang alik ke bank.

Perkhidmatan yang saya ketengahkan ini lebih berkonsepkan” Door to Door service”. Dimana pelangan tidak perlu datang ke bank tetapi saya sendiri akan ke tempat kerja atau rumah pelangan bagi setiap permohonan.

Tambahan lagi anda berurusan dengan kakitangan bank islam  yang bertauliah dan bukanlah agen-agen pinjaman diluar sana.